AGENDA PERISIKAN CHINA GUGAT KEHARMONIAN ANTARABANGSA
Adakah anda ambil kisah tentang siapa, atau syarikat mana yang membina jalan raya, jambatan, sekolah, tapak pelupusan sampah, pengangkutan awam atau infrastruktur awam seperti hospital? Di mana sahaja kita tinggal, asalkan keperluan sebegini tidak melibatkan kos yang tinggi, atau terkait dengan skandal kewangan gergasi, mungkin hal sebegini bukan keutamaan kita untuk ambil tahu. Tetapi bagaimana dengan jaringan komunikasi? Ia mungkin perkara yang berbeza. Generasi internet baharu 5G sudah dilancarkan di serata dunia. Ia tidak terhad kepada kegunaan telekomunikasi semata-mata, malah ia melonjakkan lagi pelbagai bidang lain termasuk pembuatan dan perubatan melalui kepintaran buatan yang semakin maju, malah kemajuannya mencapai tahap penyediaan pemanduan automatik untuk orang awam. Ini bermakna teknologi 5G mempunyai kesalinghubungan jaringan yang sangat tinggi antara satu industri dan industri yang lain malahan melibatkan jumlah pengguna teknologi terbesar dalam sejarah dunia...