AGENDA PERISIKAN CHINA GUGAT KEHARMONIAN ANTARABANGSA

 



Adakah anda ambil kisah tentang siapa, atau syarikat mana yang membina jalan raya, jambatan, sekolah, tapak pelupusan sampah, pengangkutan awam atau infrastruktur awam seperti hospital? Di mana sahaja kita tinggal, asalkan keperluan sebegini tidak melibatkan kos yang tinggi, atau terkait dengan skandal kewangan gergasi, mungkin hal sebegini bukan keutamaan kita untuk ambil tahu. Tetapi bagaimana dengan jaringan komunikasi? Ia mungkin perkara yang berbeza.

Generasi internet baharu 5G sudah dilancarkan di serata dunia. Ia tidak terhad kepada kegunaan telekomunikasi semata-mata, malah ia melonjakkan lagi pelbagai bidang lain termasuk pembuatan dan perubatan melalui kepintaran buatan yang semakin maju, malah kemajuannya mencapai tahap penyediaan pemanduan automatik untuk orang awam.

Ini bermakna teknologi 5G mempunyai kesalinghubungan jaringan yang sangat tinggi antara satu industri dan industri yang lain malahan melibatkan jumlah pengguna teknologi terbesar dalam sejarah dunia. Bermaksud, kita perlu benar-benar menaruh kepercayaan kepada pemaju teknologi ini, yang terlibat dalam segenap aspek kehidupan!

Dilema kepercayaan ini dihadapai banyak negara. Bolehkah kita mempercayai peneraju teknologi 5G semasa – Huawei – syarikat gergasi dari China? Amerika Syarikat sudah menyatakan pendirian jelas untuk menolak penglibatan Huawei dalam rangkaian 5G negara tersebut sejak pentadbiran Presiden Donald Trump lagi. Keputusan ini juga turut dijadikan panduan kepada sekutu AS di Eropah untuk bertindak sedemikian. Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyatakan kegusaran pihak mereka kepada umum berkenaan tindakan kerajaan China membenarkan aliran data digital penuh kepada Huawei dan ZTE yang mempunyai sejarah hitam dalam pencerohan data di ruang siber.

Legasi keselamatan ini seterusnya diwarisi oleh Presiden semasa Joe Biden. Ramai pakar menyatakan kegusaran tentang teknikal perisikan Huawei yang berpotensi tinggi sengaja dibina untuk tujuan perisikan. Sebahagian teknologi intipan yang didakwa ‘kesilapan’ di dalam kejuruteraan Huawei juga mempunyai kecenderungan untuk dieksploitasi oleh syarikat tersebut. Di sebalik sebuah perniagaan, penglibatan Kerajaan China adalah terlalu besar sebagai pengaruh kepada agensi ketenteraan dan pembekalan maklumat berkenaan aktiviti ekonomi dan politik di luar negara.

Dakwaan penglibatan kerajaan ini bukan lagi propaganda persaingan ekonomi siber di antara blok barat dan China. Di Malaysia sendiri juga sepanjang tahun lalu, sebanyak 23 kali perairan negara dicerobohi kapal ketenteraan milik China. Mana mungkin hal ini tidak disengajakan atau terlepas pandang oleh China. agenda peluasan kuasa melalui ketenteraan ini juga tidak disenangi negara serantau. Malah, Australia turut menyatakan kegusaran mereka apabila China mengerahkan tenaga ketenteraan untuk bertapak di kepulauan sempadan Australia yang menimbulkan kecurigaan awam. Penaklukan fizikal sebegini tidak boleh menafikan agenda penjajahan siber yang sedang giat dijalankan di alam maya.

Sebagai sebuah syarikat China, Huawei tertakluk penuh kepada kekuasaan Parti Komunis China (CCP). Walaupun Huawei menafikan dakwaan ini. Tetapi pengasasnya Ren Zhe Fei ialah ahli aktif di dalam CCP yang merupakan bekas tentera. Dalam Artikel 7 Undang-undang Kepintaran Negara Perlembagaan Negara China, semua rakyat China dan organisasi di bawah naungan negara tersebut termasuk syarikat, wajib mendokong, membantu dan berkerjasama dengan agenda kerajaan dalam pengumpulan kepintaran (intelligence gathering). Undang-undang yang sama turut menyatakan bahawa perkara ini wajib menjadi rahsia di antara individu, organisasi dan kerajaan. Maka menjadi tanggungjawab mereka untuk menafikan kegiatan ini di mata umum.

Sebelum ini, China telah menggegarkan dunia dengan agenda ketenteraan mereka di Hong Kong. Seluruh populasi Hong Kong dipantau ketat menerusi perkakasan pemantauan kamera litar tertutup sama ada di atas talian atau tidak. Jika setahap itu layanan dan keperluan yang ditunjukkan China terhadap rakyat sendiri, sejauh mana China sanggup untuk lakukan kepada warga asing adalah terlalu mudah untuk disimpulkan.

Di Eropah, banyak negara mengambil alternatif pembangunan 5G kepada duo Nokia dan Ericsson. German pula hadir dengan bantuan Deutcshe Telekom. Tidak ada jaminan dari mana-mana pakar di Eropah yang boleh mengesahkan sebarang perjalanan data yang menggunakan pelantar Huawei tidak akan dimanipulasi oleh Kerajaan China CCP. Tatkala globalisasi telah mempromosikan perkhidmatan, pentadbiran dan gaya hidup demokratik, China masih segar dengan perjuangan komunisme yang bertentangan dengan kebebasan masyarakat malah privasi individu adalah hal yang cukup asing bagi penduduk di sana. Nilai yang berbeza ini telah membentuk perang dingin baharu akibat tindakan Kerajaan China yang cuba untuk melebarkan sayap ideologi mereka demi selaras penjajahan ekonomi yang giat mencari pasaran baharu.

Empat keanggotaan ‘5 Eyes’ Canada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat telah mengeluarkan larangan kepada Huawei untuk membangunkan sebarang aplikasi teknologi 5G di negara mereka. United Kingdom walaupun tidak mengeluarkan larangan serupa, telah menyenaraikan 5G Huawei dalam senarai berisiko tinggi dan menasihati rakan sekutu di dalam Kesatuan Eropah untuk mengurangkan kerjasama bersama Huawei disebabkan risiko keselamatn siber yang tinggi yang telah dibincangkan di perlbagai peringkat mahkamah yang melibatkan salah laku serta pencerobohan data yang dilakukan Huawei. 

Berikutan UK pada pertengahan 2020, Sweden menjadi negara kedua di Eropah dan yang pertama di EU yang secara jelas melarang pengendali rangkaian daripada menggunakan peralatan Huawei dalam pembinaan infrastruktur yang diperlukan untuk menjalankan rangkaian 5G. Tindakan ini mendapat refleksi berbalik dari Huawei sehingga sanggup membawa kes ini ke muka pengadilan semata-mata mahu mendapatkan autoriti perniagaan di Sweden.

Sepatutnya di Malaysia kita boleh menghela nafas lega apabila Huawei tidak membuat bidaan terus untuk pembangunan rangkain dan infrastruktur 5G. Tetapi hubung kait perniagaan dan agenda perisikan ini tidak boleh dipandang ringan disebabkan ada sahaja tangan-tangan ghaib yang sanggup menjadi rakan kongsi perniagaan gergasi China ini demi mendapatkan keuntungan. Langkah kerajaan untuk meneruskan model pembangunan 5G di bawah Digital nasional Berhad (DNB) dengan kerjasama Ericsson adalah tepat dan wajar. Tidak ada ruang harus dibuka kepada syarikat yang tidak mempunyai integrity dalam penyampaian perkhidmatan, apatah lagi disebabkan perbezaan ideologi demokrasi yang menganggap bahawa setiap tidakan mereka adalah bersifat nasionalis dan tidak salah pada kaca mata mereka.

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Diplomasi: Benteng Pertahanan Rapuh Laut Cina Selatan

PEREKA CIP TERKEMUKA SYNOPSYS DISIASAT ATAS DAKWAAN PERJANJIAN TIDAK SAH DENGAN HUAWEI