Posts

Diplomasi: Benteng Pertahanan Rapuh Laut Cina Selatan

Image
  Setiap tuntutan Malaysia ke atas kawasan perairan dan zon maritim adalah berasaskan undang-undang antarabangsa, khususnya seperti yang telah digariskan di bawah Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982. Peta Baru Malaysia 1979 telah menjadi asas panduan pada peringkat antarabangsa untuk pelbagai ketetapan termasuk perairan dalaman, wilayah laut, pelantar benua, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan ruang antarabangsa merentas zon maritim. Dengan mengambil kira kepentingan ekonomi di dalam EEZ dan pelantar benua Malaysia di Laut Cina Selatan, menjadi tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia khususnya tentera laut untuk mengetengahkan strategi pertahanan yang berkesan. Matlamatnya adalah untuk mengekalkan kewujudan pertahanan Malaysia di sempadan perairan dan lebih penting – mempertahankan negara dari ancaman dan keganasan luar. Ini selari dengan aspirasi keluhuran sesebuah negara untuk mempertahankan kedaulatan tanah air, tanah dan juga air. Secara umu...

AGENDA PERISIKAN CHINA GUGAT KEHARMONIAN ANTARABANGSA

Image
  Adakah anda ambil kisah tentang siapa, atau syarikat mana yang membina jalan raya, jambatan, sekolah, tapak pelupusan sampah, pengangkutan awam atau infrastruktur awam seperti hospital? Di mana sahaja kita tinggal, asalkan keperluan sebegini tidak melibatkan kos yang tinggi, atau terkait dengan skandal kewangan gergasi, mungkin hal sebegini bukan keutamaan kita untuk ambil tahu. Tetapi bagaimana dengan jaringan komunikasi? Ia mungkin perkara yang berbeza. Generasi internet baharu 5G sudah dilancarkan di serata dunia. Ia tidak terhad kepada kegunaan telekomunikasi semata-mata, malah ia melonjakkan lagi pelbagai bidang lain termasuk pembuatan dan perubatan melalui kepintaran buatan yang semakin maju, malah kemajuannya mencapai tahap penyediaan pemanduan automatik untuk orang awam. Ini bermakna teknologi 5G mempunyai kesalinghubungan jaringan yang sangat tinggi antara satu industri dan industri yang lain malahan melibatkan jumlah pengguna teknologi terbesar dalam sejarah dunia...

PEREKA CIP TERKEMUKA SYNOPSYS DISIASAT ATAS DAKWAAN PERJANJIAN TIDAK SAH DENGAN HUAWEI

Image
Amerika Syarikat sedang menjalankan siasatan ke atas Synopsys kerana disyaki melanggar embargo bagi urusan import dan eksport teknologi cip yang dikenakan ke atas beberapa syarikat dari China. Synopsys yang berpangkalan di Amerika Syarikat perlu mendapatkan permit kelulusan terlebih dahulu sebelum menjalankan urusan dengan mana-mana organisasi yang diletakkan dalam Senarai Khas oleh Jabatan Perdagangan. Synopys merupakan sebuah konglomerat yang menghasilkan teknologi cip dan perisian yang berpangkalan di Silicon Valley. Siasatan sedang dijalankan ke atas mereka untuk mengenalpasti sama ada Synopys telah melanggar peraturan yang ditetapkan Jabatan Perdagangan. Berdasarkan laporan Bloomberg, Synopsys disyaki mempunyai hubungan perdagangan dengan anak syarikat Huawei, HiSilicon dan SMIC tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. Kami dimaklumkan, Synopys berkemungkinan telah menyerahkan teknologi cip dan perisian kepada HiSilicon untuk menghasilkan produk semikonduktor di kilang-kilang ...